KUANTAN - Kira-kira 100 belia Bahagian Paya Besar mengadakan demonstrasi secara aman bagi memprotes calon bagi kerusi Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail di sini, malam semalam.

Perhimpunan di depan Kompleks Yayasan Pahang bagi bertemu dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob pada kira-kira jam 9 malam itu disertai belia dari tiga kawasan Dun di Parlimen Paya Besar.

Difahamkan, protes disuarakan kerana calon yang dipilih itu didakwa tidak mesra belia selain tidak memberi perhatian kepada golongan tersebut di kawasan itu.

Pemerhati Pilihan Raya Majlis Belia Kuantan (Bahagian Paya Besar), Mohd Isharizal Mohd Sahak berkata, bantahan dilakukan kumpulan belia terbabit adalah demi kepentingan parti.

Menurutnya, mereka mahu calon baru yang lebih berwibawa dan menjaga kepentingan semua golongan masyarakat tidak termasuk belia.

“Kumpulan belia ini mendesak pimpinan tertinggi menilai semula calon yang diletakkan di kerusi Parlimen Paya Besar jika mahu kemenangan terus berpihak kepada BN.

“Suara belia sangat penting dan diharap keputusan dibuat secara wajar,” katanya.

Pada protes aman itu, kumpulan terbabit menyampaikan hasrat kepada Adnan dan berharap perubahan dilakukan menjelang hari penamaan calon hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Beberapa ahli PKR Perak bertindak membawa mesin fotostat dan generator ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak pagi ini bagi menunjukkan tanda protes kerana edaran Rang Daftar Pemilih Tempatan (RDPT) tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik sepertimana yang dilakukan sebelum ini.
  • SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicabar mengemukakan bukti sahih berkenaan dakwaannya yang mengatakan wujud sabotaj dalam isu air melibatkan individu atau parti tertentu di negeri ini.
  • ALOR SETAR - Dakwaan wujud protes terhadap Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan oleh Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu, gara-gara berpakaian warna hitam hanya mainan politik.
  • BATU PAHAT - PRK Permatang Pauh, dijangka menjadi medan protes terutama dalam kalangan pengundi pihak pembangkang.
  • TANAH MERAH - Kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan secara aman di pekarangan Masjid Mukim Alor Pasir, di sini, kelmarin, bagi membantah serangan kejam rejim Zionis ke atas Gaza, Palestin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.