KUALA TERENGGANU - Penuntut jurusan Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Siti Nazira Abdul Rahman dipilih sebagai pemenang pertandingan mencipta logo Tahun Melawat Terengganu 2013.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pemilihan itu dibuat berdasarkan lambang penyu yang masih dikekalkan sebagai identiti Terengganu.

Selain itu katanya, logo ciptaan gadis berusia 23 tahun dan berasal dari Kampung Pauh, Kuala Berang itu mengekalkan unsur tradisi seperti perahu layar, songket, ukiran dan matahari serta pulau yang melambangkan ikon pelancongan negeri ini.

“Kita mendapat 130 penyertaan bagi pertandingan ini dan tetapi logo yang dihasilkan Siti Nazira ini dilihat paling menepati apa yang kita ingin tampilkan dan ia melayakkan dia memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

“Selain itu, empat pemenang hadiah sagu hati akan menerima RM1,000 setiap seorang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Iman di sini, semalam.

Pertandingan itu bermula dari Januari lalu sehingga 9 Mei, bagi mendapatkan logo terbaik, sebagai persediaan Tahun Melawat Terengganu 2013 nanti.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berlagak selamba berlegar-legar diruang solat jemaah lelaki sambil mencari ‘sesuatu’ yang boleh dijadikan ‘habuan’ sebelum melarikan barang-barang berharga di dalam bilik bilal, dalam kejadian di Masjid Padang Midin, di sini, semalam.
  • KUALA TERENGGANU - Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyokong penuh pengumuman kerajaan Terengganu melalui pembentangan Bajet 2018 Dun Terengganu yang akan menubuhkan Yayasan Tok Ku Paloh.
  • KUALA TERENGGANU - Umno Bahagian Kuala Terengganu berjaya mendapat keputusan 10 teratas atau ‘top ten’ dari segi pertambahan keahlian dan daftar pemilih tertinggi melibatkan 191 Umno bahagian dari seluruh negara.
  • KUALA TERENGGANU - Cadangan mewujudkan hab digital Kuala Terengganu dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018, seiring dengan kedudukan Malaysia yang kini muncul antara pasaran e-perdagangan di peringkat global membabitkan janaan pendapatan mencecah RM9.53 bilion tahun lalu.
  • KUALA TERENGGANU - [VIDEO] Seorang pencuri sanggup menyamar sebagai jemaah wanita dengan mengenakan telekung dan bersembahyang bersama-sama di ruang solat wanita sebelum melarikan beg tangan milik salah seorang jemaah, dalam kejadian di Masjid Wakaf Tembusu, Kuala Nerus, pagi kelmarin.