KUALA TERENGGANU - Perkhidmatan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru akan dimulakan selewat-lewatnya sebelum Ramadan ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini di peringkat akhir perbincangan dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang akan mengendalikan penerbangan berkenaan yang dijadualkan sebanyak tiga kali seminggu.

"Penerbangan ini bukan sahaja memudahkan pelancong dan rakyat negeri ini pergi dan balik dari Terengganu dan Johor, tetapi kita juga fokus untuk pelancong bukan Islam datang ke Terengganu pada bulan puasa nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Perarakan Darat Mazu di Kampung Cina, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri akan menubuhkan Majlis Budaya Negeri yang akan mengelolakan setiap persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini di bawah satu bumbung.

Katanya, majlis itu akan dipengerusikan oleh Pengarah Pelancongan Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Rahman yang akan bertanggungjawab mengadakan persembahan kebudayaan sekali seminggu untuk tontonan orang ramai.

"Persembahan kebudayaan ini bukan sahaja penting untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini tetapi juga untuk pengetahuan generasi masa kini akan jenis-jenis kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini termasuk persembahan kebudayaan Orang Asli," katanya.

Katanya, setiap seminggu sekali persembahan tradisi itu akan diadakan di lokasi tumpuan orang ramai seperti Pantai Batu Buruk dan Dataran Shahbandar. - Bernama

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu melahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita dengan kejadian kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Ittifaqah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang berlaku pagi tadi hingga mengorbankan 23 mangsa melibatkan pelajar dan warden.
  • KUALA TERENGGANU - Terengganu akan menjadi negeri pertama di negara ini yang akan membuka hab pelancongan di bandar Huaxi, iaitu perkampungan terkaya di wilayah Jiangsu, China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China ke negeri ini.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat pindaan terhadap dasar Tanah negeri itu bagi menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini.
  • KUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini.
  • KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menafikan dakwaan pembangkang bahawa Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah 2017 yang dijanjikan kepada mereka yang layak hanyalah sekadar janji sempena PRU14.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.