• Pantau 7 laluan maut Abdul Rahman (kanan) membuat pemeriksaan di Depoh Bas Ekspress Adik-Beradik di Manir, Kuala Terengganu.
1 /

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan mengerahkan 100 pegawai dan anggotanya di seluruh negeri bagi memantau tujuh laluan maut bermula 12 sehingga 26 Ogos ini.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, pemantauan itu dilakukan dalam Operasi Penguatkuasaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2012.

Menurutnya, laluan maut yang dikenal pasti ialah KM126, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan di Kemasek; KM75, Jalan Jerangau-Jabor di Bukit Besi; KM45, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi di Kampung Tok Dor dan KM68.9, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Rantau Abang.

Laluan maut lain yang dikenal pasti ialah KM3, Jalan Kuala Berang-Tanggol di Kampung Langgar; KM26.5, Kampung Wakaf Tapai di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dan KM 48, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Sungai Ikan.

“Kita akan tempatkan anggota kita di kawasan itu bagi memastikan orang ramai lebih berhati-hati dan beringat kerana ia memang dikenal sebagai kawasan yang kerap berlaku kemalangan.