KUALA TERENGGANU -  Panel kesihatan yang ditubuhkan di semua Klinik Kesihatan negeri ini diminta proaktif menjalankan aktiviti dengan mendekati masyarakat setempat bagi meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap penjagaan kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, ahli jawatankuasa panel juga perlu mengenal pasti permasalahan penduduk dan melaporkan kepada klinik dan hospital berdekatan.

Menurutnya, tanggungjawab ahli panel dalam membantu pihak Jabatan Kesihatan amat besar kerana pegawai jabatan tidak mampu menangani masalah yang dihadapi penduduk yang tinggal di kawasan klinik dan hospital.

“Ketika ini masih ada di kalangan masyarakat yang takut untuk datang ke hospital dan klinik untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.  Dalam hal ini ahli panel penasihat boleh menasihatkan penduduk setempat supaya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan jika penyakit yang dihidapi memerlukan rawatan,” katanya.

Roslee berkata demikian ketika hadir pada majlis penutup Konvensyen Panel Kesihatan Kali Ke-8 Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.

Hadis sama, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar dan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Anuar Sulaiman.

Pada konvensyen itu Panel Kesihatan Batu Rakit, muncul johan pertandingan pembentangan kes mengenai penyakit TB dalam kajian di kawasan berkenaan.

Manakala Panel Klinik Kesihatan Jerangau Dungun berjaya tempat pertama dalam pertandingan Poster Sempena Konvensyen ke- 8 Peringkat Negeri.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENDANG - Pemimpin komuniti di peringkat akar umbi perlu peka keperluan kanak-kanak di kawasan mereka bagi memastikan golongan itu dapat membesar dalam suasana yang kondusif.
  • KUALA LANGAT - Persatuan penduduk di kawasan perumahan dan komuniti setempat disaran mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi memudahkan urusan bagi mendapatkan pelbagai faedah dan manfaat.
  • MERSING - Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad mengambil langkah untuk bermalam di Kuala Jasin dekat Taman Negara Endau Rompin bagi merasai sendiri kehidupan dalam suasana yang dikelilingi hutan simpan.
  • JOHOR BHARU - Kerajaan Johor memperuntukkan hampir RM1`juta tahun ini kepada 133 Komuniti 1Malaysia (K1M) bagi membolehkan pertubuhan sukarelawan itu menjalankan aktiviti.