KAMPUNG LANDAS - Stesen Mardi Jerangau sedang menjalankan kajian pengurusan tanaman untuk pengeluaran buah luar musim bagi durian dan manggis.

Pengurus Stesen Mardi Jerangau, Muhamad  Zaki Mohamed Noor berkata, kajian turut melibatkan kaedah pembiakan tampang salak tempatan iaitu teknik aruhan anak sulur bagi menghasilkan bahan tanaman salak jantan dan betina serta removal of apical dominance.

“Stesen ini merupakan pengeluar bahan tanaman buah-buahan bermutu di samping menjana pendapatan. Stesen ini mempunyai kepelbagaian sumber biologi yang mampu jadi sumber aktiviti pembiakan tanaman. Antaranya durian, pisang, salak, rambutan dan kuinin.

"Kajian pengurusan tanaman dilaksanakan selaras dengan peranan Stesen Mardi Jerangau sebagai stesen sokongan kepada Pusat Penyelidikan Hortikultur bagi menghasilkan teknologi tanaman buah-buahan tropika dan nadir. Stesen ini turut lakukan kerja pengurusan pemuliharaan sumber genetik dan germplasma melibatkan aktiviti pengumpulan, pencirian, pemuliharaan dan penggunaan germplasma herba serta tumbuhan ubatan, ulaman dan sayuran tradisional,” katanya.

Tambahnya, keluasan stesen ini ialah 400.6 hektar dan sebanyak 62.5 peratus dibangunkan bangunan, infrastruktur dan tanaman, manakala selebihnya tidak dibangunkan dan dijadikan kawasan tadahan hujan serta takungan air.

Teknik removal of apical  dominance adalah teknik membunuh sel meristem pucuk salak untuk menggalakkan pengeluaran anak sulur mini guna minyak diesel.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) telah membawa pelbagai pembaharuan dalam sektor pertanian selama dua dekad institut itu ditubuhkan di Sabah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.