Experian perkasa pekerja manfaatkan keupayaan GenAI

Chai Ping (dua dari kanan) bersama panel yang hadir pada Minggu Teknologi GenAI Experian Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Chai Ping (dua dari kanan) bersama panel yang hadir pada Minggu Teknologi GenAI Experian Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Experian Malaysia (Experian) melancarkan Minggu Teknologi GenAI pertamanya, program intensif selama tiga hari bagi memperkasakan pekerja untuk memanfaatkan keupayaan transformatif Generatif Kecerdasan Buatan (GenAI).

Ketua Negara dan Pengarah Sumber Manusianya, Chua Chai Ping berkata, Minggu Teknologi GenAI Experian Malaysia menjadi platform penting dalam menawarkan pengalaman komprehensif kecerdasan buatan (AI).

Melalui sesi dan bengkel interaktif, minggu teknologi itu melengkapkan kakitangan bukan teknikal dengan pemahaman yang jelas mengenai aplikasi GenAI dan menyepadukan teknologi berkuasa ini dengan lancar ke dalam kerja harian mereka.

"Di Experian, kami percaya semua berhak mendapat peluang untuk memanfaatkan kuasa AI. Itulah sebabnya kami melengkapkan tenaga kerja kami, tanpa mengira latar belakang teknikal dengan kemahiran asas GenAI.

“Setakat ini kami telah melatih 94 peratus pekerja global kami mengenai apa itu GenAI dan cara menggunakannya dengan sebaiknya dan selamat di Experian. Kami memanfaatkan teknologi berkuasa ini dan memacu inovasi di seluruh rantaian syarikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Experian seterusnya memperkasakan tenaga kerjanya dengan membuka potensi penuh GenAI melalui tapak sumber khusus dan forum komuniti.

“Platform tersebut memupuk perkongsian pengetahuan dan kerjasama, selain membolehkan pekerja membentangkan idea penyelesaian inovatif bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata, Experian menyemarakkan lagi kreativiti dan penerokaan menerusi GenAI Global and Regional Hackathons, Coding Camps, dan GenAI Tech Talk Series yang bakal memberikan peluang kepada pekerja untuk membangunkan aplikasi canggih.

Artikel Berkaitan:

Syarikat itu telah mengenal pasti lebih 500 kes penggunaan untuk mengguna pakai teknologi di seluruh operasi globalnya.

Aplikasi itu merangkumi daripada penciptaan kandungan dan ringkasan hinggalah pembangunan chatbot, meningkatkan produktiviti pengekod dan jurutera, serta memperkemas pengambilan serta penstrukturan data.

Experian memupuk persekitaran kolaboratif dengan mewujudkan hubungan dua hala dalam aspek pemahaman dalam pembelajaran.

Akademi GenAI berfungsi sebagai hab pusat, menawarkan pelbagai sumber pembelajaran yang disesuaikan untuk setiap pekerja, daripada pembangun inovasi berpengalaman kepada mereka yang baharu memasuki dalam dunia AI.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!