KAMPUNG RAJA - Kerajaan negeri Terengganu muncul sebagai pengguna elektrik  terbaik dalam membuat pembayaran bil utiliti  kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di negeri ini.

Pengurus Besar TNB Terengganu, Mohd Rashdi Ab Hamid berkata, agensi dan jabatan di bawah kerajaan negeri membuat bayaran terbaik dan kes bil tertunggak lebih rendah berbanding pengguna sektor lain.

Menurutnya, pengguna dari sektor perdagangan dan industri mempunyai peratus yang agak tinggi sedikit dan satu pasukan khas diwujudkan untuk memantau di seluruh negeri.

“Bil-bil kerajaan negeri adalah yang terbaik dan sektor industri ada tunggakan yang tinggi dan pihaknya mempunyai beberapa pendekatan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kaedah terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri  TNB Besut di sini semalam.

Mohd Rashdi berkata lagi, isu bil tertunggak di kalangan pengguna pemilik rumah kediaman di negeri ini khususnya Besut terkawal.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MINYAK - Seramai 20 asnaf dan fakir miskin diraikan sempena Program Kemasyarakatan TNB-Jom Masuk Kampung anjuran Stesen Jana Elektrik Gelugor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diadakan di Masjid Tuan Haji Mohd Desa, di sini, semalam.
  • KUALA TERENGGANU - Bayaran royalti yang diterima kerajaan Terengganu hasil penggunaan air dan lesen takungan air oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stesen Jana kuasa Sultan Mahmud (SJSM) di Hulu Terengganu dijangka akan terus meningkat.
  • KUANTAN - “Saya tak pernah mohon mana-mana meter untuk jalankan premis perniagaan di sini. Tapi saya hairan sudah dua kali terima surat daripada peguam Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk lunaskan tunggakan berjumlah ribuan ringgit,” kata seorang lelaki, Richard Heng Soon Hong, 27.
  • MARANG - Tahun ini menjadi lebih bermakna buat suami isteri warga emas apabila menerima bantuan membaiki rumah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Projek Mesra Rakyat (PMR) di Bukit Parit, di sini hari ini.
  • KUALA TERENGGANU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu komited dalam mengatasi masalah kecurian kelengkapan peralatan elektrik yang berlaku saban tahun dengan menggerakkan tenaga kerja secara menyeluruh.