JERTIH - Penduduk di kawasan rendah terutama di Hulu Besut dan beberapa kawasan lain di daerah ini termasuk di Setiu bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dan berpindah berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Mohd Suhaimi Awang berkata, keadaan hujan  sejak malam tadi yang kadang- kala lebat menyebabkan kawasan rendah di daerah ini telah dinaiki air.

Menurutnya, namun sehingga jam 4 petang tadi belum ada pusat pemindahan dibuka  tetapi sekiranya hujan berterusan besar beliau tidak menolak kemungkinan akan ada mangsa berpindah.

“Trend sekarang terutama di kawasan Hulu Besut menunjukkan paras air meningkat dan setakat ini jalan di Kampung Jerebun dekat Pasir Akas telah dinaiki air  dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

“Jalan utama menghubungkan Jertih ke Pasir Putih, Kelantan di Kampung Lak Lok dekat Jertih juga dinaiki air tetapi masih dilalui semua kenderaan,” katanya.

Mohd Suhaimi berkata, keadaan di DUN Jertih dan DUN  lain banyak jalan kampung  terutama membabitkan  kawasan rendah dinaiki air akibat banjir kilat.

Sementara itu di Setiu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Mohd Nazri Zakaria  berkata, sehingga jam 3.40 petang masih belum ada mangsa dipindahkan dan tren air semakin naik berikutan hujan berterusan.

Katanya, bagaimanapun jalan bandar Permaisuri ke Hulu Seladang di Kampung Besut ditutup untuk semua kenderaan berikutan air naik sedalam 0.9 meter.

“Setakat ini penduduk kawasan Hulu Seladang terputus hubungan untuk keluar ke bandar Permaisuri,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANAH MERAH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ini memulakan persediaan menghadapi musim tengkujuh tahun ini dengan mengadakan perjumpaan bersama jawatankuasa pusat pemindahan di sini, kelmarin.
  • KOTA KINABALU - Banjir di Kota Belud semakin buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 268 orang malam ini, berbanding 180 mangsa petang tadi.
  • KOTA KINABALU - Banjir di Kota Belud semakin buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 180 orang di sebelah petang berbanding 144 orang di sebelah pagi.
  • KOTA KINABALU - Hujan lebat sejak petang tadi mengakibatkan banjir di lima kampung di Kota Belud, menyebabkan 119 mangsa daripada 36 keluarga terpaksa dipindahkan.
  • KOTA KINABALU - Hujan lebat sejak petang tadi mengakibatkan banjir di dua kampung di Kota Belud, menyebabkan 29 mangsa daripada 11 keluarga terpaksa dipindahkan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.