HULU TERENGGANU - Cacing 'melimpah' selepas banjir surut, itu fenomena baharu yang berlaku di Hulu Terengganu.

Menurut Wan Hasmah Abas,53, fenomena seumpama itu merupakan kejadian pertama yang berlaku di Kampung Tok Lawit, Kuala Berang.

"Kejadian ini merupakan kejadian pertama kali berlaku, sejak berbelas tahun dahulupun saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini.

"Cacing ini berwarna merah gelap,panjang, dan sangat licin...bukan seperti cacing yang biasa orang buat umpan untuk memancing," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Katanya kawasan kampung itu dilanda banjir selama empat hari.

"Sebelum banjir besar itu dah ada yang keluar (cacing), tetapi selepas banjir surut ia melimpah keluar," katanya lagi.

Kejadian banjir berlaku di Terengganu bermula pada 31 Disember lalu, ianya kembali pulih sepenuhnya (di semua kawasan) pada 9 Januari 2017.

[ARTIKEL BERKAITAN: Banjir di Kelantan, Terengganu pulih]

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir yang terakhir di Dewan Suarah Mukah di bahagian tengah Sarawak ditutup pada 12.30 tengah hari ini ekoran keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari lepas, walaupun ada beberapa kawasan rendah dalam negeri yang masih digenangi air.
  • KUCHING - Banjir di Sarawak semakin pulih sepenuhnya apabila kini tinggal satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka untuk mangsa banjir, selepas sebuah PPS ditutup pagi tadi.
  • KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus berkurangan dengan ketara apabila jumlahnya hingga tengah hari ini berkurangan sekitar 536 orang berbanding 1,012 malam semalam.
  • KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurang kepada 1,012 orang setakat 8 malam ini, berbanding 2,037 mangsa yang dilaporkan pagi tadi.
  • KUCHING - Banjir di Sarawak kian beransur pulih setakat pukul 8 malam ini apabila mangsa banjir menurun kepada 3,173 mangsa daripada 991 keluarga yang masih berada di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian.