KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang keempat di Terengganu pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan ditutup ekoran cuaca baik.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Leftenan Kolonal (PA) Che Adam A Rahman berkata, pusat pemindahan terakhir di Setiu ditutup secara rasmi jam 9.45 pagi tadi melibatkan 54 mangsa.

Dengan penutupan itu menurutnya, Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu akan beroperasi dalam  ‘mode-standby’, iaitu waktu pejabat sahaja mulai hari ini.

“Bilik Gerakan Bencana Negeri akan kembali dibuka 24 jam sekiranya berlaku banjir,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Pengendali konsesi Lebuhraya Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) bersedia menghadapi bencana banjir di lebuh raya bawah seliaannya pada musim perayaan ini termasuk membentuk Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).
  • KAMPAR - Seramai 136 penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Gabes di sini, sudah dua hari terpaksa meredah air apabila jalan kampung runtuh.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.