KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan agihkan juadah berbuka puasa dan sahur, di samping melaksanakan solat tarawih di hospital negeri ini, sepanjang Ramadan nanti.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, program yang pertama kali diadakan di semua enam hospital di negeri ini, adalah bagi mengimarahkan Ramadan.

Bagi tujuan itu katanya, pihak Maidam akan melancarkan tabung kutipan dan akan diletakkan di beberapa kawasan strategik selain di hospital, bagi membolehkan orang ramai bersama-sama menderma dan menyumbang bagi menjayakannya.

“Sekarang ini boleh dikatakan semua masjid buat majlis berbuka puasa, jadi kita nak pergi ke hospital pula. Pengorbanan anak atau yang jaga pesakit itu besar kerana kosnya tinggi kerana terpaksa berulang alik, makan dan sebagainya, sebab itu kita nak bantu.

“Di samping itu, kakitangan di bahagian kecemasan misalnya, yang sentiasa sibuk dan mungkin sukar untuk mereka keluar membeli juadah berbuka puasa dan kakitangan yang kurang berkemampuan seperti pengawal keselamatan, ini adalah peluang terbaik untuk kita beramal,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menjangkakan 500 bungkus juadah berbuka dengan kos RM10 sebungkus dan 450 bungkus juadah sahur dengan kos RM8 sebungkus diperlukan setiap hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Bagi hospital di daerah, jumlah dan kos akan ditentukan pegawai agama daerah dan pihak hospital.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan memperkenalkan khidmat guaman percuma untuk kes mahkamah syariah kepada golongan asnaf di negeri ini, sebelum akhir tahun ini.
  • JERTIH - Kerajaan negeri mengalu-alukan sumbangan korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), individu dan badan bukan kerajaan menghulurkan sumbangan kepada Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu.
  • HULU TERENGGANU - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan RM615,000 daripada peruntukan zakat bagi sumbangan lima buah van jenazah untuk empat masjid dan sebuah komuniti pada tahun ini.
  • KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan sebanyak RM6.4 juta bagi membina 160 buah rumah kepada golongan fakir dan miskin di setiap daerah, bermula tahun ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.