SHAH ALAM - Seorang pemandu bas kilang cedera selepas kenderaan dipandunya memgalami kemalangan dengan sebuah lori satu tan di Jalan Bukit Kemuning, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, dalam kejadian jam 9.46 pagi itu, sepasukan sepuluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam diketuai Komander Operasi, Wan Mohd Zuki Ali dikejarkan ke lokasi kejadian

Menurutnya, peralatan mesin pemotong hidrolik digunakan bagi mengeluarkan mangsa B Durai,34 yang terperangkap di bahagian tempat duduk pemandu.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan di kaki kanan dan calar di tangan.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.