CYBERJAYA - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan pangsapuri servis Vega Residensi 2 (VR2) berkonsep kediaman pintar (smart home).

Yang menariknya, tawaran diskaun istimewa hingga 12 peratus (melalui skim smart ownership) diberi kepada pembeli warganegara tanpa mengira status kaum, pembiayaan perjanjian jual-beli (SPA) percuma dan kelengkapan ‘kediaman pintar’ bernilai RM3,500, tertakluk terma dan syarat.

Dibina di atas tanah berkeluasan 0.628 hektar, 236 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak 138.9 juta itu dijangka siap sepenuhnya hujung tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, projek tersebut terletak di lokasi strategik Selangor Cyber Valley yang merupakan pusat pembangunan terbaharu PKNS berkonsep bandar pintar

Menurutnya, projek kediaman VR2 dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air bagi setiap unit. Terdapat dua jenis pelan lantai masing-masing 928 kaki persegi bagi unit tengah dan 1,265 kaki persegi (unit lot tepi) yang memberi keselesaan ruang kepada pemilik kediaman.

“Pihak kami menyasarkan golongan belia serta profesional, projek ini menawarkan reka bentuk fasad moden kontemporari dengan teknologi kediaman pintar

“Kemudahan disediakan termasuk CCTV dalam kediaman dan di ruang koridor, kawalan keselamatan 24 jam, kemudahan kolam renang (sky pool dia aras 17), teres barbeku, gimnasium, dewan komuniti dan dua lot parkir bagi setiap unit,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran 236 unit pangsapuri itu, di Galeri Jualan PKNS Selangor Cyber Valley, kelmarin.

Hadir sama, Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Selatan, Lokman Abd Kadir dan Pengurus Jualan Hartanah Wilayah Selatan, Mohd Sah Ngadiman.

Tambahnya, sebanyak 1,194 petak parkir disediakan bagi kedua-dua fasa perumahan termasuk 29 lot parkir untuk orang kurang upaya (OKU).

Norita berkata, projek tersebut dibina di laluan strategik dan memberi akses mudah ke pusat bandar menerusi jaringan lebuh raya utama antaranya Lebuhraya Lingkaran Tengah (Elite); Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) yang berhubung dengan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Kesas, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya NKVE dan Lebuhraya Guthrie.

“VR2 terletak empat kilometer (KM) dari Cyberjaya, 12 KM dari Putrajaya; 35 KM dari Kuala Lumpur; 28 KM dari Shah Alam serta 26 KM dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

“Ia juga berhampiran institut pengajian tinggi (Universiti Multimedia (MMU), Kolej Sains Perubatan Univrsiti Cyberjaya (CUCMS), Lim Kok Wing Universiti Teknologi Kreatif dan Universiti Islam Malaysia (UIA),”katanya.

Lebih menarik, kediaman tersebut yang bermula dengan harga RM529,900 untuk 186 unit bagi 928 kaki persegi) manakala RM776,200 untuk 50 unit bagi 1,265 kaki persegi ini juga berdekatan pusat komersial dan gedung beli-belah yang menawarkan gaya hidup moden kepada pemilik.

Dari sudut lain pula, kediaman pintar itu katanya, terletak berdekatan projek pembinaan Hospital Cyberjaya yang bakal siap November  2020, Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

Sebarang maklumat lanjut berhubung projek boleh melayari portal rasmi hartanah PKNS di www.pkns-property.com, PKNS Property (Facebook) atau hubungi wakil Jualan Hartanah Wilayah Selatan PKNS di 0143361891/0173634821/0182051713 atau 0192139991.