SEMENYIH – Penduduk di Taman Naqsyabandiah di sini, kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai mencuri air milik Air Selangor berhampiran kawasan perumahan mereka.

Ketua Umno Cawangan Taman Naqsyabandiah, Yusri Abdul Wahid berkata, kejadian itu berjaya dikesan penduduk pada dua minggu lalu sekali gus bertindak mematikan paip yang dihubungkan secara haram dengan paip utama tersebut.

“Kita mengesan beberapa individu dipercayai sedang melakukan pemasangan paip secara haram di sini. Penduduk masih berhadapan dengan masalah bekalan air, tiba-tiba ada pihak pula yang cuba curi air di sini,” katanya.

Sementara itu Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz menggesa Air Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) mengambil tindakan segera menangani permasalahan ini selain menyalurkan bekalan air ke kawasan perkampungan ini.

“Saya amat kecewa perkara ini berlaku di kawasan ini. Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas individu yang mencuri air ini,” katanya.

Johan berkata, beliau telah menghubungi Pengarah Wilayah Tengah Span, Ir Mohd Jalaludin Sulaiman.

“Saya dimaklumkan agensi berkenaan sedang siasat perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut simpati dengan nasib penduduk di kampung ini, mereka juga mempunyai masalah bekalan air.

“Penduduk terpaksa pakai pam sendiri untuk mendapat bekalan air daripada kolam yang telah dibuat secara kerjasama dengan penduduk dalam perkampungan ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengarah Wilayah Tengah Span Md Rashid Zainal berkata, pihaknya mensyaki ada penyambungan haram hasil tinjauan awal di lokasi kejadian.

“Kita masih meneruskan siasatan secara terperinci berhubung kes ini, kita juga akan memohon pengurusan Air Selangor untuk memotong penyambungan haram itu,” katanya.

Kes tersebut mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HULU LANGAT - Penduduk menggesa agensi berkaitan agar melakukan pemantauan terhadap projek pembangunan kerana ia berkemungkinan punca kejadian banjir kilat di sini, baru-baru ini.
  • AMPANG - Penduduk Apartmen Pandan Villa Delux berharap pihak berkuasa dapat mengalihkan 20 motosikal yang dipercayai terbiar di kawasan kediaman mereka.
  • KOTA BHARU - Lebih 40 keluarga di Kampung Keladang, Salor di sini, mampu menarik nafas lega selepas tanah mereka yang didakwa diceroboh oleh sebuah syarikat untuk projek tanaman bunga matahari akhirnya disita pihak Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) serta mendapat perhatian kerajaan negeri.
  • SEREMBAN - Penduduk Kampung Bemban di sini, berharap pihak berwajib dapat menyiasat mengenai wujudnya aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan berhampiran kampung berkenaan sejak tahun lalu.
  • RAWANG - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) membuat serbuan ke atas sebuah tapak projek pembinaan di sini selepas menerima aduan kecurian air dilakukan pemaju berkenaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.