KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan ditemukan mati dengan kecederaan parah dipercayai dipukul di hadapan pasar raya Speedmart 99 di Sunway Batu Caves, Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, polis menerima panggilan  mengenai kejadian itu pada jam 1.58 pagi.

“Mangsa yang berusia 41 tahun itu dipercayai dipukul oleh lebih daripada seorang individu, namun kita masih belum mengenal pasti objek yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ali berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan muka.

Polis sedang mengesan suspek dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Beliau berkata  mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.-Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MIRI - Seorang majikan bersama 31 warga asing, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, adalah antara yang ditahan di dua lokasi berasingan dalam operasi bersepadu semalam.
  • KUANTAN - Polis negeri ini menahan seorang ejen bola sepak palsu yang dipercayai memperdaya seorang warga asing dari Uganda untuk mewakili pasukan bola sepak di negeri ini.
  • TAMPIN - “Terima kasih pada polis yang menemui beg mak saya... wang tunai hampir RM1,800 tiada berkurangan dan dokumen juga tak hilang...,” luah Lim Win Ru, 31, apabila dihubungi Sinar Harian, di sini, tadi.
  • JOHOR BAHRU - Sekurang-kurangnya enam kes membabitkan samun ke atas mangsa yang keluar dari bank berjaya diselesaikan susulan seorang suspek kumpulan samun maut ditembak ketika melarikan diri dari pihak polis dalam kejadian di Jalan Dato’ Onn Utama di sini, Khamis lalu.
  • IPOH - Polis Perak berjaya menumpaskan kumpulan kongsi gelap 04 selepas menahan 36 kepimpinan tertinggi kumpulan termasuk seorang individu bergelar ‘Datuk’ sejak sebulan yang lalu.