IJOK – Kawasan dianggarkan seluas 1.2 hektar di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Seri Sentosa, di sini terjejas akibat kebakaran terbuka sejak Ahad.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor menjelaskan, skuad Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor memantau ruang udara kawasan terbabit menggunakan dron UAV.

“Hasil pemantauan mendapati, kerja memadamkan kebakaran di kawasan yang dianggarkan seluas 1.2 hektar dilaksanakan agensi bomba secara ‘direct attack’ bagi menghalang api merebak.

“Agensi bomba akan mengetuai operasi ini dan mengatur strategi pemadaman yang berkesan dan cepat manakala sumber air melalui Sungai Buloh akan digunakan setelah excavator selesai membuat parit dan kolam takungan.

“Pam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan dipasang dengan kadar segera setelah parit dan pembersihan kawasan siap,” katanya kepada Sinar Harian, petang tadi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PORT DICKSON - Jumlah kes maut akibat kebakaran di negara ini mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 122 kes dari Januari hingga semalam 17 November 2017 berbanding hanya 80 kes maut sepanjang tahun lalu.
  • JOHOR BAHRU - Empat rumah kedai di persimpangan Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat, dekat sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran, pagi tadi.
  • SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warga Indonesia yang melecur dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya, dekat sini, semalam, dilaporkan masih dalam keadaan koma.
  • KAJANG - Kira-kira 15 buah motosikal dan sebuah kereta terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat dalam kejadian di parkir kenderaan di sebuah pangsapuri di Taman Cheras Utama, dekat sini, awal pagi tadi.
  • SEMPORNA - Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan puluhan rumah di Pulau Omadal daripada terbakar selepas lima rumah musnah, tengah hari tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.