KUALA LUMPUR – Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60, UEM Group Berhad (UEM Group), sebuah konglomerat berasaskan kejuruteraan infrastruktur dan perkhidmatan di negara ini, meneruskan tradisinya tahun ini dengan sekali lagi mengibarkan Jalur Gemilang di ibu pejabatnya di Mercu UEM.

Jalur Gemilang gergasi ini menyelimuti enam tingkat bangunan Mercu UEM dan akan terus dikibarkann sehingga 17 September 2017 nanti.

Acara menaikkan bendera yang bermula seawal jam 7 pagi telah mengambil masa lebih 10 jam dan turut melibatkan seramai 10 warga kerja Syarikat oleh kerana saiznya yang besar.

Beberapa kakitangan UEM Group dan anak-anak syarikatnya daripada Plus Malaysia Berhad, UEM Sunrise Berhad, Cement Industries of Malaysia Berhad atau CIMA dan UEM Edgenta Berhad turut hadir untuk menyaksikan acara menaikkan bendera tersebut.