KOTA KINABALU - Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisoner M Chandra berkata, penjenayah yang ditembak mati di Jalan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sepanggar semalam terlibat dalam 17 kes pecah rumah dan samun di sekitar daerah Kota Kinabalu yang membabitkan kerugian kira-kira RM300,000.

Beliau berkata, suspek yang telah dikenal pasti sebagai Kaidal Muksin, 30, itu merupakan warganegara Filipina dan dipercayai aktif melakukan jenayah di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Papar sejak 2009.

"Hasil siasatan mendapati suspek aktif melakukan jenayah bersama empat lagi individu dan menerusi perbandingan cap jari suspek berkenaan terlibat dengan 10 kes pecah rumah, lima kes lagi pecah rumah dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), selain itu suspek juga dipercayai terlibat dengan dua kes samun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, tiga rakan sejanayah suspek telah ditangkap baru-baru ini dan kini salah seorang daripada mereka sedang menjalani hukuman penjara dan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang diburu.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menyelamatkan tiga wanita dan seorang lelaki warga asing yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Cyber City, Jalan Lintas, 7 Februari lalu.

Chandra berkata kesemua mangsa berusia 15 hingga 18 tahun itu mengaku telah diperdaya menggunakan aplikasi WeChat dengan menjanjikan pekerjaan pelayan restoran sebelum dipaksa melakukan aktiviti maksiat.

"Berikutan pendedahan mangsa kita telah menahan sepasang kekasih berusia 22 dan 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut di sebuah rumah di Putatan," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MIRI - Seorang majikan bersama 31 warga asing, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, adalah antara yang ditahan di dua lokasi berasingan dalam operasi bersepadu semalam.
  • KUANTAN - Polis negeri ini menahan seorang ejen bola sepak palsu yang dipercayai memperdaya seorang warga asing dari Uganda untuk mewakili pasukan bola sepak di negeri ini.
  • TAMPIN - “Terima kasih pada polis yang menemui beg mak saya... wang tunai hampir RM1,800 tiada berkurangan dan dokumen juga tak hilang...,” luah Lim Win Ru, 31, apabila dihubungi Sinar Harian, di sini, tadi.
  • JOHOR BAHRU - Sekurang-kurangnya enam kes membabitkan samun ke atas mangsa yang keluar dari bank berjaya diselesaikan susulan seorang suspek kumpulan samun maut ditembak ketika melarikan diri dari pihak polis dalam kejadian di Jalan Dato’ Onn Utama di sini, Khamis lalu.
  • IPOH - Polis Perak berjaya menumpaskan kumpulan kongsi gelap 04 selepas menahan 36 kepimpinan tertinggi kumpulan termasuk seorang individu bergelar ‘Datuk’ sejak sebulan yang lalu.