KOTA SAMARAHAN - Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) membatalkan 18 permit premis hiburan keluarga di kawasan itu setakat ini yang disalah guna untuk kegiatan perjudian tidak berlesen.

Pengerusi MPKS, Datuk Peter Minos berkata, pihaknya juga bekerjasama rapat dengan polis bagi mengekang penyalahgunaan dan pengedaran dadah serta kegiatan pecah rumah di Samarahan.

“MPKS mahu menjadikan Samarahan tempat yang baik dan selamat untuk didiami dan juga belajar,” kata Minos, menambah majlis perbandaran tersebut turut berusaha ke arah pemansuhan penggunaan beg plastik dan polistirena.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan persekitaran  dan kesihatan masyarakat dilindungi. Kita tidak boleh berkompromi tentang perkara ini,” katanya.

Mengenai pembuangan sampah haram, beliau berkata MPKS sedang menimbang jumlah denda yang akan dikenakan kepada pelaku.

Minos berkata majlis perbandaran tersebut juga dalam usaha menghijaukan bandar yang akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan dana yang diluluskan.

“Kami juga bekerjasama dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak serta kementerian persekutuan untuk membangunkan sebuah loji pengurusan sisa  buangan yang moden,” katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PAGOH - Persatuan Generasi Transformasi Ruminan (GTR) Zon Selatan menyambut baik usaha kerajaan negeri berkaitan kepentingan memiliki permit sembelihan terhadap golongan penternak.
  • PAGOH - Orang ramai yang mahu melaksanakan ibadah korban bersempena perayaan Aidiladha nanti diingatkan supaya memohon permit berkaitan terlebih dahulu dalam mengelakkan sebarang permasalahan berhubung tahap kesihatan haiwan sembelihan terbabit.
  • SHAH ALAM - Para peniaga bazar Ramadan diingatkan tidak menyalahgunakan permit diperoleh dengan menjual kepada pihak ketiga.
  • MELAKA - Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) selaku pengurusan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka menafikan dakwaan pihaknya tidak memohon permit bagi menjalankan operasi mengutip bayaran letak kenderaan di kawasan tersebut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.