KOTA KINABALU - Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud menurun kepada 1,519 orang sehingga 3.30 petang ini yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ialah Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan SMK Taun Gusi 1, Dewan SMK Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taun Gusi, Dewan Muhibah Tombol dan Dewan SK Pekan.

"Satu pusat pemindahan, iaitu Dewan Gopog Taginambur ditutup 11.50 pagi tadi ekoran banjir semakin surut di beberapa kawasan di Kota Belud," kata kenyataan itu. - Bernama