KOTA KINABALU - Sebanyak 24 kampung di Kota Belud terjejas banjir manakala lapan jalan raya masih tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan kerana ditenggelami air.

Keadaan tersebut menjadikan bilangan mangsa banjir di enam pusat pemindahan banjir di Kota Belud setakat 7.45 pagi ini meningkat kepada 1,729 orang berbanding 1,503 malam tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, seramai 272 mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan SMK Agama Tun Said (332), SMK Taun Gusi 1 (365), Dewan Muhibah Tombol (232), SMK Taun Gusi 2 (492) dan Dewan Gopok Taginambur 36 mangsa.

Terdapat mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan SMK Arshad namun jumlahnya masih belum diperolehi. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MERSING - Tiga kawasan di Jalan Jemaluang-Tenggaroh yang dinaiki air sejak pagi tadi kembali pulih kira-kira jam 2.30 petang tadi.
  • MERSING - Tiga kawasan di Jalan Jemaluang-Tenggaroh dinaiki air sejak pagi tadi namun masih boleh dilalui kenderaan ringan.
  • KUCHING - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir yang terakhir di Dewan Suarah Mukah di bahagian tengah Sarawak ditutup pada 12.30 tengah hari ini ekoran keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari lepas, walaupun ada beberapa kawasan rendah dalam negeri yang masih digenangi air.
  • KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus berkurangan dengan ketara apabila jumlahnya hingga tengah hari ini berkurangan sekitar 536 orang berbanding 1,012 malam semalam.
  • KUCHING - Banjir di Sarawak kian beransur pulih setakat pukul 8 malam ini apabila mangsa banjir menurun kepada 3,173 mangsa daripada 991 keluarga yang masih berada di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian.