KUCHING - Polis menahan lelaki yang disyaki merogol seorang gadis berusia 14 tahun yang baru dikenali menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketua  Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata lelaki yang berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Samariang, Petra Jaya semalam selepas mangsa membuat laporan polis.

Beliau berkata pada Khamis, gadis itu telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa beliau telah dirogol oleh seorang lelaki yang yang dikenalinya melalui apklikasi Whatsapp sejak lima bulan lepas.

“Kejadian itu dikatakan berlaku pada 13 Ogos di sebuah hotel bajet di Kawasan Padungan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Ng Ah Lek  menasihati ibu bapa supaya  mengawasi tingkah laku serta pergaulan anak gadis  mereka agar tidak menjadi mangsa rogol. – Bernama