MIRI - Seramai 183 orang murid dari tiga buah sekolah rendah di kawasan pedalaman Sarawak tidak dapat menjalankan sesi persekolahan esok berikutan banjir yang melanda kawasan sekolah mereka.

Sekretriat Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata tiga buah sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu dan SK Kuala Sigu kedua-duanya di Sebauh, Bintulu dan SK Long Bemang di Baram.

“Namun SK Nanga Balingiau di Kanowit akan beroperasi esok kerana keadaan banjir masih terkawal,”katanya dalam satu kenyataan.

SK Kebulu mempunyai 48 orang murid, SK Kuala Sigu seramai 32 murid dan SK Long Bemang seramai 103 murid.

Ketiga-tiganya mempunyai 41 guru dan 21 kakitangan pentadbiran. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AMPANG - Hujan lebat kira-kira 40 minit pada jam 4 petang tadi menyebabkan banjir lumpur di sebuah pangsapuri di Taman Saga.
  • KOTA BHARU - Banjir kilat yang melanda Kota Bharu tempoh hari memaksa peniaga termasuk ‘tok seh karpet’ melelong barangan perniagaan mereka yang ditenggelami air bagi mengelak mengalami kerugian berterusan.
  • BATU PAHAT - Ketika daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi mulai surut, kawasan Sri Medan, di sini, mengalami situasi yang berbeza apabila kawasan berkenaan pula dinaiki air.
  • KUANTAN - Keadaan banjir di daerah Pekan tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa masih kekal 102 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini.
  • MUKAH - Kira-kira 1,350 penghuni rumah panjang dan penduduk kampung di kawasan Tanjung Pedada, Sungai Mukah, 27 kilometer dari sini terjejas hubungan darat apabila sebahagian jalan utama menghubungi kawasan itu ditenggelami banjir.