SELINSING - Operasi kerja JBPM kini meningkat 30 peratus berbanding sebelum ini.

Menurut Komander Pasukan Storm, Pegawai Kanan Bomba I, Ismail Abdul Ghani, situasi trend penugasan pemadaman pula kini mengalami pengurangan pada kadar yang sama.

“Trend kerja penyelamatan itu meliputi operasi mencari orang hilang atau tersesat dalam hutan, bukit, gunung atau badan air serta mencari mangsa bencana runtuhan bangunan dan tanah termasuk dua kes runtuhan di Tanjung Bungah dan Paya Terubong, Pulau Pinang pada tahun lalu dan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata JBPM menyasarkan sekurang-kurangnya 700 anggota bomba akan terbabit dalam pasukan Storm.

“Namun pihak kami masih mengekalkan tahap saringan kelayakan begitu ketat bagi memastikan hanya anggota yang benar-benar berkualiti layak menyertai skuad elit bomba itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Shuid Idris, 43, dipilih sebagai peserta keseluruhan terbaik kursus penutup survival pasukan Storm pada siri kali ini.

Kategori peserta survival di paya terbaik dimenangi anggota BBP Pontian, Pegawai Bomba Nimrod Juanito, 23, yang berasal dari Sabah, manakala kategori peserta survival di hutan terbaik pula menjadi milik anggota BBP Bandar Penawar, Emparan Iri, 28, berasal dari Sarawak.