KOTA KINABALU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menetapkan 10 hari mulai 19 Ogos untuk mendengar petisyen terhadap keputusan kerusi Parlimen Kota Marudu pada PRU13 lepas.
   
Petisyen itu yang difailkan calon PKR Datuk Maijol Mahap, menegaskan Borang 14, yang merekodkan jumlah undi yang diperoleh setiap calon dan bilangan undi rosak, tidak diberi kepada ejen pilihan raya PKR apabila mereka memintanya daripada pegawai pengurus pilihan raya.
   
Dalam petisyennya, Mahap menamakan pegawai pengurus pilihan raya Lovita Koisun dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.
    
Responden pertama, bagaimanapun Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang memenangi kerusi Parlimen Kota Marudu, ditolak sebagai responden terhadap tuduhan memberi dan mengamalkan rasuah yang didakwa oleh pempetisyen.
    
Hakim Datuk Yew Jen Kee juga memerintahkan Mahap membayar kos RM5,000 kepada Ongkili.

Yew memutuskan pempetisyen tidak mengemukakan fakta mencukupi terhadap dakwaan itu.
   
Pada PRU13, Ongkili yang mewakili Barisan Nasional memenangi kerusi itu dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi dalam pertandingan empat penjuru.
   
Mahap memperoleh 14,326 undi manakala calon lain, Majamis Timbong (Star) mendapat 2,228 undi dan Yuntau alias Kuntau Kolod (SAPP) hanya mendapat 444 undi. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk mengadakan inkuiri tempatan kali kedua di kawasan Bandar Tun Razak.
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu memberi maklumat mengenai kod dan nama lokaliti bagi 136,272 pemilih di Selangor pada 1994 dan 2003 kepada kerajaan negeri Selangor untuk urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengemukakan perincian mengenai kod lokaliti dan nama bagi 136,272 pengundi yang diragui di Selangor semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003 dan 1994.
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berjaya mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Melaka yang membenarkan penangguhan persempadanan semula bagi kawasan pilihanraya Kota Melaka dan Bukit Katil.
  • KUALA LUMPUR - Tujuh individu hari ini menarik balik permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menafikan kepada mereka hak mempunyai peguam untuk mewakili mereka semasa prosiding berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dun di Kedah, Perak dan Johor.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.