TAIPING – “Kami memang tak puas hati sebab kini tanah lot milik penduduk di sini dipecah-pecahkan kepada lot yang lebih kecil berbanding sebelum ini,” kata Pengerusi Surau Nurul Huda, Kampung Aulong Lama, Syed Abu Hassan Syed Hamid.
Beliau berkata, penduduk mendakwa lot tanah mereka menjadi kecil apabila menerima geran baru-baru ini.
Menurutnya, di kampung ini terdapat kira-kira 60 rumah dengan jumlah penduduk seramai 300 orang, kebanyakan mereka berhadapan dengan masalah tersebut.
"Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang penduduk kerana menyebabkan keluasan tanah lot milik mereka menjadi semakin kecil berbanding sebelum ini.
“Masalah ini memberi kesan kepada semua penduduk kerana apabila lot tanah mereka semakin kecil menyebabkan sebahagian rumah telah masuk ke tanah orang lain ,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Syed Abu Hassan berkata, tindakan yang diambil pihak berkenaan adalah tidak wajar kerana hanya akan memberi masalah kepada penduduk.
“Kami telah tinggal di kampung ini hampir 30 tahun, jadi memang tak wajar tindakan seumpama ini dilakukan,” katanya.
Sementara itu, penduduk, Ahmad Badri Shafie berkata, dia difahamkan lot tanah yang masih kosong telah dijual kepada orang luar.
“Tindakan seumpama ini memang tidak boleh berlaku kerana orang luar mendapat untung tetapi penduduk yang terpaksa berhadapan dengan masalah.
“Kami dah lama duduk di kampung ini, jadi tak wajarlot tanah itu dijual begitu sahaja,” katanya.
Sementara itu, Adun Aulong, Yew Tian Hoe berkata, beliau mengakui perkara tersebut memang berlaku.
Jelasnya, perkara tersebut berlaku sejak Pakatan Rakyat (PR) mula memerintah lagi dan masih berlarutan hingga kini.
“Oleh itu, siasatan lanjut daripada pihak SPRM perlu dilakukan kerana difahamkan ada sebahagiannya diberikan kepada kroni-kroni.
“Ini kerana ia bukan sahaja melibatkan Kampung Aulong Lama tetapi beberapa kampung lain seperti Aulong Baru, Aulong Baru Tambahan dan Kampung Tekah,” katanya.
'Kami tak puas hati'
Artikel Berkaitan
- Hasil titik peluh akhirnya lebur
- Merempat di tanah sendiri
- Pekan Simpang Bekoh sukar dibangun akibat status tanah
- 'Hentikan ambil tanah kami'
- Bimbang diugut samseng
- Sisa tanah masih terbiar
- Khalid Ibrahim: Nafi kerajaan negeri terlibat urus niaga tanah
- Kaum India terima tanah bina kuil
- ʻTanah peneroka sudah tergadaiʼ
- Masalah tanah: Pengusaha puyuh terkilan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Jangan hanya harapkan polis
- Tak sempat joli hasil samun
- Gadis kena rogol selepas dilanggar
- Terjaga tidur terhidu asap
- Meraung sakit akibat tersepit
- Pelajar dirogol bergilir-gilir
- Lelaki maut kena tetak
- Isteri merintih lihat mayat suami
- Senjata palsu dirampas
- Orang minyak serang Felcra
- Jeti nelayan hampir roboh
- Latihan bertukar tragedi
- Remaja mengaku pernah terlanjur
- Tidur berteman ular
- 10 bulan anak dilarikan
- Putus jari manis akibat dituduh rogol
- Dakwa dirogol kenalan bapa
- 'Hanya maut pisahkan kita'
- Jalan raya bertingkat retak
- Derita bayi usus, hati diluar




