IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak bersetuju dengan cadangan pengecualian cukai kepada individu yang menyumbang dalam tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi membantu persatuan itu mendapat dana tambahan.

Naib Ketua AMK Perak, Sandrea Ng berkata, cadangan boleh dilaksanakan untuk menarik lebih ramai individu menyumbang kepada PIBG.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak dapat memastikan sejauh mana pelepasan cukai berkenaan mampu memikat hati penyumbang.

“Kerajaan perlu peruntukkan dana kepada semua sekolah dan bukan memotong bajet yang diperuntuk kepada sekolah.

“Ada juga sekolah yang menggunakan dana PIBG untuk perbelanjaan kurang sesuai termasuk majlis persaraan guru, perpindahan guru, pengubahsuaian sekolah dan lain-lain,”katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemilihan Pengerusi PIBG yang betul mampu menggerakkan persatuan itu dengan lebih aktif selain mampu mencari dana bagi aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan menyemak semula syarat pengecualian cukai ditawarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan individu yang tampil memberi sumbangan kewangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negeri ini.

Sementara itu, Sandrea berkata, pihaknya sedia maklum PIBG adalah rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan hal-hal berkaitan selain berusaha menambah kewangan sekolah bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran.

Tambahnya, ibu bapa tidak sepatutnya dibebankan dengan kadar sumbangan yang tinggi dalam keadaan taraf kehidupan yang semakin sukar.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa membuat bayaran RM9.5 juta kepada peguam kes berprofil tinggi, Shafie Abdullah sepertimana yang dilaporkan Sarawak Report Khamis lalu.
  • KUANTAN - Rakyat di negeri ini disarankan supaya melakukan reformasi politik berani dengan memilih pemimpin yang berupaya membawa pembangunan masa depan lebih terjamin.
  • GOMBAK - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak menyokong keputusan pengunduran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
  • SIMPANG PULAI - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan dan pihak berkaitan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi mengatasi kesan pembuangan pekerja menerusi kenyataan dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Samsudin Bardan, baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.