IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semakin agresif dalam memastikan tiada longgokan sampah sekitar bandar raya ini.

Terbaharu seorang lagi individu ditangkap dan dikenakan kompaun terus kerana membuang sampah di tepi jalan Taman Syukur Bercham pagi tadi

Datuk Bandar, Datuk Zamri Man berkata, tindakan mengkompaun adalah tindakan terakhir setelah tindakan lain tidak diendahkan oleh orang ramai.

Menurutnya, kejadian pembuangan sampah di kawasan terlibat adalah contoh pembuangan  sampah berulang serta dilakukan oleh penduduk dan peniaga setempat.

“Penguatkuasaan secara berkala dan  efisien yang dijalankan oleh Penguatkuasa MBI kelmarin membolehkan penangkapan seorang pembuang sampah di lokasi tersebut.

“Individu berkenaan telah dikompaun sebanyak RM250 di bawah Akta Jalan, Parit & Bangunan,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PONTIAN - Laluan terpencil selain kurang dilalui kenderaan antara faktor bahu jalan di belakang Taman Utama, Pekan Nanas, di sini, menjadi lokasi pembuangan sampah haram.
  • KODIANG - SWCorp Kedah menyelesaikan aduan berkaitan longgokan sampah haram yang berlaku di Jalan Lama Kampung Siputeh, semalam dalam tempoh dua jam.
  • SELINSING - Kuala Gula adalah salah satu produk pelancongan terkemuka di daerah Kerian yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menyaksikan kepelbagaian spesies burung hijrah dari seluruh dunia.
  • SHAH ALAM - Kerja kutipan sampah dan pembersihan kawasan dalam dan luar Stadium Shah Alam dilakukan oleh kontraktor pembersihan dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.