IPOH - Jabatan Imigresen memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak memberi rasuah kepada mana-mana pegawainya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak luar jika didapati bersalah.  

“Pihak luar jangan cuba cabar, tidak mengancam dan jangan sesekali untuk beri rasuah kepada mana-mana pegawai.

“Kemungkinan tindakan yang diambil adalah ditangkap dan kita tidak bersekongkol dengan gejala rasuah ini,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) antara Jabatan Imigresen Negeri yang diwakili pemangkunya, Shamanrizal Rustam dan Pengarah SPRM Negeri, Datuk Nooraziah Abd Manaf di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Meru Raya, di sini, kelmarin.

Katanya, pencegahan gejala rasuah bukan sahaja dimantapkan di peringkat dalaman malah turut diperluaskan hingga ke pihak luar.

“Penekanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan jabatan ini adalah sama iaitu kesepaduan tindakan.

“Gejala rasuah bukan sahaja dimantapkan di peringkat dalaman tetapi paling penting beri mesej kepada pihak luar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga tidak akan berkompromi terhadap hampir 15,000 kakitangannya yang didapati terlibat dalam gejala rasuah.

Menurutnya, tindakan itu selari dengan slogan jabatannya yang menekankan elemen Integriti, Profesional dan Mesra.

“Jabatan mempunyai hampir RM15,000 pegawai dan setiap bahagian akan mengadakan IBR ini, penyataan secara individu dibuat terhadap membenci, menolak dan melaporkan rasuah. Budaya jabatan ialah katakan tidak pada rasuah,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Seorang anggota polis berpangkat koperal dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah tiga tahun lepas.
  • ALOR SETAR - Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 masing-masing oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dua tahun lepas.
  • JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen negeri menahan 55 individu termasuk sembilan warga tempatan atas pelbagai kesalahan dalam operasi Ops Gegar di dua premis khidmat urut berasingan di Masai dan Permas Jaya, di sini, malam tadi.
  • KUCHING - Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak menahan 19 warga Indonesia yang disyaki menggunakan pas masuk dan dokumen perjalanan palsu untuk menaiki pesawat ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pagi semalam.
  • KUANTAN - Tiga anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal direman selama tujuh hari bermula semalam di mahkamah majistret, di sini untuk siasatan membabitkan kes rasuah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.