IPOH – Sebuah bengkel kenderaan di Kampung Sindu, Batu Gajah diserbu selepas didapati ‘bekerjasama’ melakukan pengubahsuaian motosikal curi dalam satu operasi lejang, kelmarin.

Dalam serbuan jam 3.30 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki dipercayai pemilik premis terbabit berusia 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, dalam pemeriksaan itu, pihaknya menemui tiga motosikal yang tidak lengkap dan memiliki nombor casis tidak dapat dibaca.

“Serbuan terhadap bengkel ini dilakukan bersangkut kes kecurian motosikal di Kampung Rapat, lelaki terbabit telah ditahan dan siasatan akan diteruskan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.