FELDA CHEMOMOI - Seorang suri rumah merayu pusat zakat mempertimbangkan permohonan bantuan untuk dua anaknya yang kurang upaya (OKU).

Masni Sapar, 39, dari Felda Chemomoi, di sini berkata, sebelum ini keluarganya hanya bergantung dengan pendapatan suaminya, Mohd Salleh Kudong, 69, yang bekerja sebagai buruh kampung dengan pendapatan tidak menentu.

Menurutnya, bagaimanapun kini  suaminya tidak mampu bekerja selepas mengalami kecederaan patah kaki akibat kemalangan motosikal tahun lalu.

Menurutnya, dua anaknya pula, Mohd Amirul Amri , 17, yang sering diserang sawan dan mengalami  masalah pembelajaran serta Mohd Nawawi, 15, mengalami masalah saraf sejak kecil.

“Saya dan suami ada seorang lagi anak Mohd Nor Fayeed,10,  yang perlu ditanggung sedangkan hasil ladang sawit suami tak cukup tampung kos sara hidup kami sebab hasil kurang.

“Lepas tu kena bayar upah urus ladang kerana suami tak dapat bekerja lagi sekarang.

“Kalau dapat bantuan bulanan, ringan sikit beban kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Naib Ketua PKR Cabang Bentong, Isa Ahmad, semalam.

Masni berkata, kini dia hanya berniaga kecil-kecilan dengan membuat penyapu untuk menampung perbelanjaan keluarga.

“Setakat ini saya ada mohon zakat untuk dua anak saya, tapi tak tahulah dapat atau tidak bantuan itu,” katanya.

“Setakat ini saya tiada memohon mana-mana bantuan selain zakat namun saya ingin memohon bantuan JKM tetapi tidak mampu untuk ke bandar kerana kami tiada kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Isa berkata, agensi berkaitan seharusnya mengambil pendekatan turun padang bagi melihat sendiri kesusahan yang dialami rakyat terutamanya di kawasan pedalaman.

“Kita sedia maklum orang susah ini ada yang tidak memiliki kenderaan. Jadi, sepatutnya agensi-agensi berkaitan datang bertemu dan menyelami permasalahan mereka,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR GAJAH - Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) dari Kampung Pengkalan Balak, dekat sini, kesal dan terkilan apabila seorang wanita yang didakwa meminjam wang daripadanya, masih gagal membayar semula wang berkenaan.
  • PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan sedang memberi latihan kepada 1,300 individu kelainan upaya atau OKU bagi menjadikan mereka lebih berdikari dan boleh membantu diri sendiri menjana rezeki.
  • SETIU - Seorang anak sanggup menangguh terlebih dahulu hasrat sambung belajar demi menjaga kedua orang tuanya yang juga kurang upaya (OKU).
  • GONG BADAK - Demi memastikan impian anak istimewanya menjadi pensyarah tercapai, ibu lima anak, Zalina Mohd Kassim, 43, sanggup tinggal berjauhan daripada suami dan anak- anak yang lain bagi menguruskan anak sulungnya itu.
  • BACHOK - Seorang ibu cacat penglihatan (OKU) dan strok kini dijaga dua anak perempuannya yang lembam selepas kehilangan ketua keluarga beberapa bulan lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.