PEKAN - Majlis perkahwinan pasangan dua beradik melakar sejarah tersendiri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan mereka di Kampung Panchor di sini, hari ini.

Yuzry Fazly Ahmad Jamili, 28 dan pasangannya  Nor Aniza Abdul Rahman, 28 manakala abangnya Yudie Fazly, 33 bersama isterinya Nur Ain Mohamad Radzai, 33 menerima kunjungan Najib yang diiringi pemimpin umno kira-kira jam 1.40 petang.

Najib meluangkan masa kira-kira 10 minit pada majlis itu sebelum beredar.

Yuzry yang bekerja sebagai kontraktor melangsungkan perkahwinan dengan Nor Aniza yang juga Ketua Penerangan Puteri Umno Pekan pada 17 Mac lepas.

Sementara itu, abangnya Yudie pula melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, pada 25 Februari lalu.

Yuzry dan pasangannya Nor Aniza (sebelah kanan) serta  abangnya, Yudie dan isteri, Nur Ain bersama perdana menteri.

Yuzry berkata, dia bersama abangnya sememangnya berhasrat untuk bersanding sekali dan menjemput perdana menteri ke majlis perkahwinan mereka dua minggu sebelum majlis itu berlangsung.

Katanya dia mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana sudi meluangkan masa mengahdiri majlis perkahwinan mereka meskipun sibuk dengan tuntutan tugas.

“Kebetulan beliau (perdana menteri) menghadiri Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Cawangan dan sayap UMNO Bahagian Pekan, di sini, hari ini (semalam) jadi sempatlah dia datang ke majlis kami.

"Alhamdulillah, saya bersyukur majlis hari ini berjalan dengan lancar dan berasa sungguh bertuah apabila Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak sudi datang ke hari berbahagia saya ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JERANTUT - Kenangan diraikan dengan penuh gilang-gemilang dalam majlis Walimatul Urus Perdana Parlimen Jerantut di Dataran Majlis Daerah jeratut, di sini semalam pasti tidak dapat dilupakan oleh 10 pasangan pengantin terlibat.
  • KUANTAN - Selepas 10 tahun tidak bertemu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat bekas Adun Beserah dan Setiausaha Kerja Umno Pahang, Datuk Faisal Abdullah, 69, yang mengalami masalah kesihatan di rumahnya di Medan Tok Sira, di sini semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.