TIOMAN - Penduduk di Kampung Salang, Pulau Tioman, kecewa apabila longgokan sampah di kampung itu terbiar sejak Ahad lalu.

Ia sekali gus memberikan imej buruk kepada kampung itu yang merupakan antara lokasi menarik dikunjungi pelancong di pulau peranginan terkenal dunia itu.

Penduduk, Mohd Fadhirul Izwan Mat Saridan, 32, berkata, masalah itu memberi kesan kepada penduduk, pengusaha resort dan pengusaha kedai makan.

Menurutnya, reaksi negatif turut diterima daripada pelancong yang berkunjung di kampung itu yang kurang senang dengan longgokan sampah itu selain mencacatkan pemandangan.

"Dulu di sini sampah urus sendiri tapi lepas kutip cukai pintu ada disediakan kemudahan namun jadi begini pula.

"Mula dari Ahad hingga hari ini (semalam) sampah tak diambil, tambahan pula hujung minggu ramai pelancong, sekarang dah menimbun, lagi buruk ia di kawasan terbuka dan menyebabkan banyak lalat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Mohd Fadhirul berkata, masalah yang sama pernah terjadi sebelum ini tetapi telah diselesaikan namun sekarang ia terjadi semula.

"Saya harap pihak berkenaan dapat menjalankan tugas degan betul dan segera bertindak agar masalah seperti ini tidak berterusan kerana ia akan memburukkan imej pulau serta Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP2017)," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAJANG - Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat telah mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik tanah berhubung isu tanah di Taman Saga Ampang yang dipercayai menjadi lokasi pembuangan sampah haram.
  • ALAM JAYA - Buih hilang, bau pula yang datang! Begitulah keadaan merengsakan yang terpaksa dihadapi penduduk di Alam Jaya, di sini akibat pencemaran yang masih berlarutan.
  • PENDANG - Penduduk Kampung Belukar, Pendang terpaksa berhadapan dengan masalah bau busuk sampah sarap yang dilonggok di sepanjang laluan kampung mereka oleh pihak luar yang tidak bertanggungjawab.
  • BATANG KALI - Lokasi laluan terpencil dan kurang dilalui kenderaan antara faktor yang sering dijadikan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah secara haram terutama di bahu jalan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.