KUANTAN - Seorang pemilik kedai tayar dijumpai mati dalam keadaan melutut dengan leher terjerut tali di Air Putih di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Leong Moon Keong, 43, itu ditemui bersama sekeping nota yang meminta agar menghubungi kakaknya.

Menurutnya, pihak polis mendapat panggilan kira-kira jam 9.45 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan leher terjerut.

“Hasil siasatan lanjut turut menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan mangsa meminta supaya menghubungi kakaknya sekiranya apa-apa berlaku ke atas dirinya,” katanya ketika ditemui media.

Abdul Aziz berkata, polis turut menemui tangga berhampiran mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - [VIDEO] Seorang peniaga barangan kosmetik maut selepas dikelar di leher dalam kejadian di Jalan Cermat 25/36 Pasar Malam Sri Muda, Seksyen 25, di sini, malam tadi.
  • ALOR SETAR - Seorang pemuda ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian dada di sebuah rumah rehat dalam kawasan kebun di Kampung Poh Mu, Padang Sanai, di sini, hari ini.
  • KOTA BHARU - Perselisihan faham dan kecewa selepas isteri minta cerai, menyebabkan seorang lelaki ditemui mati dalam kejadian di Kampung Surau Pendek, di sini pagi tadi.
  • BANDAR JENGKA - Pihak polis mengesahkan penemuan mayat seorang pemuda di dalam lubang berisi minyak adalah mayat Mohammad Badrul Amin Mat Nanyan yang dilaporkan hilang di tempat kerja beliau di Kilang Kayu Lion Vest, Bandar Jengka, di sini, 1 November lalu.
  • PORT DICKSON - Dua lelaki yang sedang berkayak di Pantai Tanjung Tuan hilang, dipercayai akibat dipukul ombak sekitar jam 4 petang tadi, sementara seorang wanita terselamat.