RAUB - Seorang pemandu kereta dan penumpangnya cedera akibat tersepit di tempat duduk dalam kemalangan di Jalan Benta Kuala Lipis di sini, kelmarin.

Penguasa Bomba Zon 3 Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukannya tiba di lokasi pada jam 5.55 petang dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang berusia lingkungan 30-an yang tersepit di bahagian kaki.

“Sebaik berjaya dikeluarkan, mangsa yang tersepit masih dalam keadaan sedar dan diserahkan kepada pihak paramedik kesihatan serta dikejarkan ke Hospital Lipis dengan menggunakan Jentera EMRS,” katanya kepada Sinar harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam pada itu, Shahrulnizam berkata, pihaknya telah mendapat bantuan daripada anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis kerana balai yang berdekatan dengan lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya menerima bantuan enam anggota dan tiga jentera bagi melancarkan operasi menyelamat itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Seorang lelaki terselamat walaupun kenderaan yang dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas pekerja di Jalan Labu Nilai, di sini, semalam.
  • SEREMBAN - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain, di KM269.7 Lebuh raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban, kira-kira 12.40 tengah malam tadi.
  • KOTA BHARU - Salah seorang pelajar tahfiz yang terlibat dalam kemalangan van beramai-ramai pada 7 Ramadan lalu di Kuala Krai masih lagi terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia dan memerlukan pemantauan.
  • SEREMBAN - Tiga penumpang sebuah van pelancong dan pemandunya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 254.8 Lebuhraya Plus arah Selatan di sini hari ini.
  • SEREMBAN - Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Km 264.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.