GENTING HIGHLANDS - Seorang lelaki melecur selepas dipercayai merokok ketika sedang berada di dalam tandas selepas berlaku satu letupan kecil di sebuah bangunan hotel yang dalam pengubahsuaian di Genting Highlands di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata, letupan berkenaan dipercayai berpunca daripada gas paip utama saluran pembetungan di atas tandas berkenaan yang menyambar percikan api rokok mangsa.

Menurutnya, kejadian kira-kira pukul 11.09 pagi itu menyebabkan mangsa berumur 40-an melecur di bahagian muka, tangan dan paha akibat percikan api.

"Kejadian letupan di tandas tingkat bawah berkenaan menyebabkan siling tandas berkenaan tercabut dan mangsa mengalami kecederaan akibat sambaran api berkenaan

“Mangsa yang merupakan pekerja pembersihan di situ dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan tidak mengalami kecederaan yang serius,” ,"katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Yusri berkata, kini pihak forensik bomba masih lagi melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang dipercayai berpunca daripada api rokok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintenden S. Somu berkata, berdasarkan siasatan awal kejadian letupan berkenaan tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Bagaimanapun katanya, pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut berlaku.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Gambar belakang badan mangsa lecur akibat terkena simbahan petrol di taman permainan berdekatan rumahnya di Taman Jelutong, Kuala Nerang pada 1 Ogos lalu, tular di laman sosial Facebook sejak dua hari lepas.
  • ALOR SETAR - Kanak-kanak lelaki yang melecur disambar api akibat terkena simbahan minyak petrol ketika bermain di taman permainan minggu lalu akan menjalani pembedahan kedua, hari ini.
  • SABAK BERNAM - Seorang pengawal keselamatan di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sungai Lang, Sabak Bernam melecur pada bahagian muka dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Jalan Haji Yahya, Kampung Parit Baru, di sini, malam tadi.
  • BANDARAYA MELAKA - Pengendali premis makanan diingatkan supaya sentiasa melakukan pemeriksaan hos penyambungan di tangki gas memasak bagi memastikan peralatan berkenaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  • HULU DUNGUN - Seorang pendaki melecur di seluruh badan apabila gas memasak mudah alih yang digunakan meletup di dalam khemah ketika berada di puncak gunung Chemerong, di sini, petang semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.