KUALA ROMPIN - Seorang murid lelaki, 12, berjaya diselamatkan anggota bomba selepas cuba terjun dari tingkat tiga sebuah sekolah kebangsaan berhampiran Bandar Rompin, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Zahari Razali berkata, murid itu berjaya diselamatkan selepas enam anggota bomba mengambil masa 20 minit memujuk kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, kanak-kanak itu menunjukkan niat untuk terjun kerana apabila dihampiri dia semakin agresif hingga memerlukan beberapa kali usaha memujuk dilakukan.

Katanya, kejadian itu berlaku di koridor belakang bangunan dalam keadaan dia duduk di bucu dengan kaki tergantung dan sedang menangis.

"Kami turut memberikan dia air dan menenangkannya sebelum dia mengubah fikiran.

"Dalam masa sama pihak kami turut bersedia melakukan penyelamatan menggunakan tali sekiranya kaedah memujuk murid berkenaan gagal," katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Difahamkan, tindakan terjun cuba diambil murid terbabit disebabkan mengalami masalah di sekolah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan ditemui tidak bernyawa dalam keadaan tergantung pada kipas siling di bilik tidur rumahnya, di Taman Beringin Indah, di sini petang tadi.
  • BUKIT MERTAJAM - Sempat hubungi wartawan dan memaklumkan mahu membunuh diri di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini, malam kelmarin.
  • KUANTAN - Seorang pengusaha kimpalan ditemui maut di sebuah rumah di Taman Netas, Batu 3 Jalan Karak, Mentakab semalam, dipercayai membunuh diri akibat perniagaannya merosot.
  • KUCHING - Seorang petani yang didakwa merogol cucu tirinya bulan lepas dalam kejadian di Sri Aman, kira-kira 200 kilometer dari sini, meninggal dunia di Hospital Sri Aman awal hari ini, selepas dipercayai meminum racun makhluk perosak petang semalam.
  • PASIR MAS - Biarpun usianya baru menginjak 12 tahun, namun kemampuan Muhammad Mukhlis Che Musa mengalunkan azan cukup mengagumkan jemaah di surau Haji Yusuf Kampung Gabus di sini.