MENTAKAB – Seorang pekerja ladang mati dibunuh rakan serumahnya di sebuah rumah pekerja ladang estate Belenggu Hall di sini gara-gara makanan yang dimasak mangsa tidak sedap dan kotor.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mangsa 59 tahun, patah sembilan tulang rusuk kiri dan 11 tulung rusuk kanan akibat dibelasah suspek seorang India Muslim berusia 35 tahun.

Menurutnya, siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 16 April lalu kira-kira jam 10 malam apabila suspek yang tidak berpuas hati dengan hidangan makanan disediakan mangsa bertindak menegur mangsa.

Bagaimanapun katanya, teguran itu menyebabkan mangsa tidak berpuas hati lalu berlaku pergelutan.

“Suspek telah menumbuk, menendang dan memukul mangsa dengan sebatang kayu serta sebilah parang.                       

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dengan enam kesan tikaman di badannya di luar asrama kilang di flat Taman Belimbing, Bukit Tengah di sini, malam tadi.
  • BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki yang dipercayai membunuh abangnya dengan menggunakan alat pemadam api di Kampung Sama Gagah di sini pagi kelmarin direman empat hari sehingga 18 Mei depan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.