KUANTAN - Kekeliruan berikutan penggunaan naskhah al-Quran keluaran syarikat sama untuk program wakaf yang dijalankan individu atau kumpulan tertentu tanpa kebenaran memberi kesan kepada penganjur program wakaf al-Quran secara sah.

Antara organisasi yang terkesan dalam isu ini termasuk Ade Azhar Trading Sdn Bhd.

Pengarah Urusan dan Operasinya, Mohd Nizam Khan Md Yusoff berkata, kecurangan terhadap amanah wakaf itu didalangi individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab dan bukan dari wakil syarikat mereka.

Menurutnya, disebabkan penggunaan naskhah al-Quran keluaran sama, pihaknya turut terpalit sehingga dituduh menipu dan ada wakil syarikat hampir bergaduh dengan pihak yang meragui usaha mereka itu.

“Syarikat kami menjalankan program seumpama ini secara sah namun dipercayai ada pihak lain turut menjalani program yang hampir sama  menggunakan al-Quran serupa kerana mendapatkan bekalan  daripada syarikat percetakan sama,” katanya.

Katanya, pihaknya juga mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (Jaip) bagi menjalankan aktiviti tersebut selain turut dilaksanakan di Selangor.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Amalan bersedekah dan wakaf khususnya untuk membina masjid sangat digalakkan dalam Islam kerana rumah ibadat itu merupakan pusat kegiatan umat Islam sejak dari zaman Rasullah lagi.
  • SEMPORNA - Yayasan Sabah mewakafkan tanah dan bangunan yang dimilikinya di Mukim Bugaya untuk dijadikan Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APACS) yang dirasmikan hari ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
  • JOHOR BAHRU - Johor dilihat sebagai negeri contoh dan teraju dalam jihad ekonomi yang perlu diteladani kerana kejayaan melaksanakan pelbagai program wakaf.
  • NILAI - Kerajaan negeri merancang membina Kompleks Perumahan Wakaf bagi membantu golongan asnaf dan fakir miskin yang tiada tempat tinggal.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.