KUALA LIPIS - Dua sahabat maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan pasir di kilometer 86 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Teluk Gunung, Merapoh di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang juga penunggang motosikal , Abdullah Yaakub, 54, bersama pembonceng, Mohd Fuzai Mat Ali, 53, dalam perjalanan dari arah Merapoh menghala ke Lipis.

Menurutnya, sampai di tempat kejadian, motosikal jenis Honda Dash yang ditunggang Abdullah telah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Dalam masa yang sama sebuah lori muatan pasir yang dipandu Tee Chong Sin, 60, datang dari arah Lipis ke Merapoh tidak dapat mengelak sebelum bertembung dengan motosikal yang dinaiki dua sahabat tersebut.

"Akibat rempuhan tersebut, penunggang dan pembonceng terjatuh di tengah jalan menghala ke Merapoh.

"Mohd Fuzai yang bekerja kampung dan beralamat di Kampung Berhamah, Merapoh maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Manakala Abdullah yang merupakan staf Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) cawangan Merapoh meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lipis," katanya di sini, hari ini.

Azri berkata, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Menurutnya, ketika kejadian cuaca baik, keadaan jalan bersimpang  dan berselekoh serta sistem trafik dua hala dengan garisan tengah berkembar.

"Punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian penunggang motosikal yang  cuai masuk simpang menyebabkan kemalangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,"katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - 26 motosikal dan buah kereta musnah dalam kebakaran di parkir sebuah hotel di Jalan Siam di sini, awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Akibat menyimpan motosikal curi milik seorang warga emas, seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.
  • PARIT BUNTAR - Kejadian kehilangan komponen motosikal yang dilaporkan di daerah ini semakin berleluasa apabila dua lagi kes terbaharu dilaporkan berlaku di Batu 5 dan Batu 6, di sini, minggu lalu.
  • SUNGAI PETANI - Lima penunggang motosikal termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) menerima padah apabila dicekup selepas melakukan aksi ala ‘superman’ dengan menunggang secara melulu dan merbahaya, semalam.
  • TUMPAT - Dibeli dengan gaji pertama sebagai guru dan di hari terakhir perkhidmatan pengetua Mohd Mokhtar Che Hashim, motosikal vespa klasiknya itu mengamit nostalgia apabila diarak pemiliknya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.