BERA - Kesal dengan sikap guru di salah sebuah sekolah di daerah ini, ibu bapa kepada seorang pelajar yang menjadi mangsa pukul di sekolah terbabit nekad mendedahkan perkara itu demi masa depan anaknya.

Safeie Abdullah, 53, dan Hairunnisha Md Yusoff, 44, mahu menuntut pembelaan terhadap nasib anaknya, Muhammad Nabil Iman, 16, yang kini terpaksa cuti sakit berikutan patah dua tulang pada kaki kanan dan retak lutut berikutan kejadian itu.

Safeie mendakwa, kejadian itu berlaku pada 2 Ogos lalu menyebabkan anaknya yang merupakan pelajar tingkatan empat tidak dapat bersekolah dan perlu mendapatkan rawatan susulan.

“Saya betul-betul kecewa dengan sikap guru. Sekarang dah lebih sebulan anak saya tak bersekolah.

“Keadaan ini betul-betul menyedihkan saya kerana anak saya tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan apabila saya berjumpa pihak sekolah mereka mengatakan ia adalah perkara biasa melibatkan budak-budak sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, Safeie memberitahu, dia tidak berkesempatan berjumpa dengan pengetua pada hari kejadian kerana pengetua tiada di sekolah, namun sempat memaklumkan kepada mereka yang berada dalam pejabat sekolah ketika itu.

Katanya, sebelum itu, seorang guru yang menghantar Muhammad Nabil Iman ke klinik mengambil sikap lepas tangan dengan meninggalkan anaknya di klinik dan tidak bertemu dengannya atau isteri untuk menjelaskan perkara sebenar.

Difahamkan, dia juga telah membuat laporan polis 24 jam selepas kejadian itu .

Ia dibuat apabila pihak sekolah dilihat tidak memandang serius kejadian itu malah pelajar yang memukul juga tidak dikenakan apa-apa tindakan sehingga kini.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Hairunnisha mendakwa, sikap pihak sekolah berkenaan amat dikesali kerana seolah-olah mahu menyembunyikan kejadian itu sedangkan anaknya terpaksa menanggung kesan sehingga akhir hayat.

Malah, katanya, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi oleh pengawal keselamatan sekolah itu, dan bukan guru sekolah.

“Kami bukan nak aibkan mana-mana pihak tetapi mahu tindakan sewajarnya dilakukan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang dan beri pengajaran kepada pelajar-pelajar supaya tak sewenangnya bertindak memukul pelajar lain,” katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Polis sedang memburu beberapa suspek yang disyaki membelasah seorang pemuda keturunan Siam dalam kejadian di sebuah kebun getah di Kampung Kura, Sik pada Isnin lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki terpaksa akur apabila dijatuhi hukuman penjara 26 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam, kerana melakukan ugutan jenayah dan membelasah rakan sekampungnya sehingga cedera, dalam satu kejadian gaduh, tahun lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki terpaksa akur apabila dijatuhi hukuman penjara 26 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, kerana melakukan ugutan jenayah dan membelasah rakan sekampungnya sehingga cedera, dalam satu kejadian gaduh, tahun lalu.
  • TEMERLOH - Seorang pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dakwaan membunuh rakan sekerja dalam kejadian yang didakwa berpunca kerana mangsa masak tidak sedap.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.