KUANTAN - Seramai 14 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kongsi mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 5, Jalan Mentakab-Karak dekat Temerloh pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Tajudden Ibrahim berkata kebakaran kira-kira 7.48 pagi itu melibatkan 16 unit daripada keseluruhan 20 unit rumah.

Beliau berkata seorang warga Indonesia yang berumur lingkungan 50-an turut cedera di muka ketika dia dikatakan cuba menyelamatkan barangan miliknya.

Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Punca kejadian masih disiasat. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Hanya kerana lupa menutup api selepas memanaskan lauk untuk hidangan tengahari, bahagian dapur satu unit kondominium di tingkat 10, di Jalan Kuala Krai, hangus dalam kebakaran di sini petang tadi.
  • KUALA LIPIS - Pejabat tapak pembinaan Hospital Kuala Lipis berdekatan Pahang Club di sini terbakar kira-kira jam 1.45 tengah hari kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.