JEMPOL - Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini mengejutkan pengurusan sekolah apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan pagi tadi.

Pelajar tersebut temui terbaring dekat surau sekolah dan terdapat seorang bayi perempuan di dadanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, pada awalnya pengurusan sekolah tersebut menghubungi Hospital Jempol memaklumkan terdapat pelajar sekolah itu pengsan kira-kira jam 10.30 pagi.

"Pelajar itu bagaimanapun selamat namun keadaan agak cemas apabila urinya masih berada didalam rahimnya.

"Dia telah dibawa ke Hospital Jempol namun akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut. Ketika ini keadaan pelajar tersebut stabil," katanya ketika mengesahkan laporan hari ini.

Azham Shah berkata, kes ini disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan seorang pelajar lelaki sekolah sama turut ditahan untuk membantu siasatan.

"Kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak menularkan sebarang maklumat  berkaitan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang penyelia di sebuah pasar raya cawangan Gong Badak, Kuala Nerus, terpaksa menanggung kerugian hampir RM5,000 akibat ditipu individu menyamar anggota polis dipercaya sindiket penipuan ‘Macau Scam’.
  • SIBU - Seorang pemuda menerima padah selepas bertindak agresif terhadap anggota polis di Taman Rejang pada jam 9.20 malam tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu berjaya menyelesaikan hampir 65 peratus kes jenayah yang disiasat, menjadikannya antara peratusan tertinggi di negara ini sepanjang tahun 2017.
  • SUNGAI PETANI - Dua pengawal keselamatan mengalami kecederaan setelah diserang sekumpulan lelaki bermotosikal di hadapan sebuah perpustakaan di Jalan Kolam Air dekat sini awal pagi semalam.
  • GUA MUSANG - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang tipu helah mana-mana syarikat pinjaman berlesen untuk mendapatkan pinjaman wang.