SEREMBAN - Premis  makanan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan khususnya yang tidak mencapai tahap kebersihan memuaskan atau kotor, wajar diambil tindakan, kata  Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Tindakan tutup dua minggu yang dikenakan terhadap premis makanan yang didapati kotor adalah terlalu ringan… sepatutnya sebulan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang mengarahkan 27 premis makanan di daerah Seremban yang didapati kotor ditutup dua minggu bermula Khamis lepas.

Tindakan penutupan itu dikeluarkan susulan operasi bersepadu premis makanan bersih yang dijalankan oleh jabatan itu di 59 premis makanan kategori restoran di sekitar daerah Seremban.

Mohamad mengingatkan mereka yang hendak menjalankan perniagaan menjual makanan supaya mengutamakan makanan bermutu dan bersih.

Katanya kalau makanan mereka ini tercemar dijangkiti kuman dan bakteria serta dengan keadaan yang boleh mendatang masalah kepada pengguna serta menjadi punca masalah kesihatan orang ramai, maka restoran sebegini perlu ditutup untuk jangka waktu yang lebih panjang.

"Itu adalah pandangan saya. Pihak berkuasa sudah sering kali memberi notis amaran supaya mengutamakan kebersihan tetapi masih ada lagi restoran yang degil, tidak mematuhi peraturan kebersihan.  

"Ini terutamanya restoran yang menggunakan khidmat pekerja warga asing. Mereka ini membawa budaya daripada negara mereka iaitu budaya yang tidak mementingkan kebersihan.

"Pada pandangan saya, kita tidak boleh bertolak-ansur sangat dalam perkara ini dan ia perlu ditangani dengan lebih serius," katanya. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SANDAKAN - Aspek kebersihan dan kelestarian alam semula jadi menjadi agenda keutamaan kerajaan negeri Sabah, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.
  • KOTA BHARU - Sebuah kilang roti diarah tutup ekoran tahap kebersihan tidak menepati piawaian ditetapkan dalam operasi Pejabat Kesihatan Kota Bharu di Jalan Hospital Berek 12, Kota Bharu di sini semalam.
  • SHAH ALAM - Kantin Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini diarahkan tutup selama 15 hari bermula hari ini selepas didapati tidak mengamalkan penyediaan makanan yang bersih.
  • ALOR SETAR - Depan cantik, belakang jijik! Begitulah keadaan tiga dari enam premis makanan yang diperiksa dalam Ops Kandar dilakukan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) di sekitar Bandaraya Alor Setar.