JELEBU - Imam Masjid Amar Penghulu, Jelebu yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat maut dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Seremban- Simpang Pertang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, mangsa Abdul Ghani Dusa,79, meninggal dunia di tempat kejadian, selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superitendan Kamarul Rizal Jenal berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Honda Dash 110 dari arah Seremban menghala ke Kuala Klawang.

“Berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba membelok keluar ke arah Kuala Klawang.

“Bagaimanapun pada masa sama sebuah motosikal jenis skuter MAX Sym 400 dari arah sama di lokasi terbabit telah melanggar motosikal mangsa menyebabkannya terjatuh,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa yang cedera parah maut di tempat kejadian, manakala penunggang skuter yang merupakan orang kurang upaya (OKU), turut cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MARANG - Seorang wanita maut manakala empat cedera selepas kereta dinaiki bertembung di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, di Gong Balai di sini, hari ini.
  • RANTAU PANJANG - Dua lelaki tersepit di tempat duduk selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas merempuh anjung Masjid Parit Air dekat pintu masuk kedua Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, semalam.
  • JERTIH - Seorang penunggang nyaris lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam tali air di Kampung Lapan Kotak, dekat sini, pagi semalam.
  • TANAH MERAH - Jemaah Masjid Mukim Peralla dekat sini, meminta pihak berkenaan membina bonggol di hadapan masjid itu untuk keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain.
  • SEGAMAT - Seorang isteri di Kampung Lembah Bakti, di sini, hilang tempat bergantung dan terpaksa membesarkan dua anaknya sendirian selepas suaminya terlibat kemalangan maut di Pekan Tenang Stesen, di sini, 11 September lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.