PORT DICKSON - Polis memeriksa 50 individu dan 52 kenderaan dalam Ops Mabuk yang dijalankan di kilometer 8.5 Jalan Seremban malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata,  operasi bermula pada jam 11 malam hingga 2 pagi bertujuan untuk pencegahan pengguna jalan raya memandu dibawah pengaruh alkohol.

Menurutnya, ia juga sebagai operasi pencegahan jenayah termasuklah samseng jalanan atau mat rempit dan untuk mengesan pelbagai lagi kesalahan jenayah.

"Saman dikeluarkan pelbagai kesalahan dan jumlah saman 257 membabitkan 25 saman dengan pelbagai kesalahan antaranya, memandu tanpa lesen sebanyak lapan saman, tidak memakai tali pinggang(3), tiada cermin sisi (4), lampu brek ke tiga tidak berfungsj (7) dan lain-lain kesalahan (3)," katanya.

Zainudin berkata, dalam operasi berkala ini, tiada tangkapan yang dilakukan dan juga tiada kenderaan yang di sita.