KUALA KRAI - Hasrat seorang bapa menyerahkan komputer riba kepada anak bongsunya tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 57 Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kampung Keroh, hari ini.

Mangsa, Ghazali Dollah, 59, dari Kampung Pangkal Mempelam, Kampung Pek, Machang yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, motosikal ditunggang mangsa dari arah Kuala Krai bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Anak bongsu mangsa, Muhamad Amir Shafiq,19, pelajar SMK Seri Intan berkata, dia meminta bapanya membelikan komputer riba ketika cuti sekolah bagi menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

"Saya minta ayah belikan komputer riba. Ayah janji untuk belikan hari ini atau esok.  Ketika ke tempat kejadian saya jumpa komputer riba yang ayah beli," katanya dengan nada hiba.

Anak bongsu daripada enam beradik itu percaya komputer riba dibeli bapanya sebaik tamat  waktu bekerja, tidak sempat diberikan kepadanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RANTAU PANJANG - Seorang bapa empat anak di Kampung Pusu 40, di sini, tidak dapat menjana pendapatan tetap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
  • JOHOR BAHRU - Kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM15.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pagi tadi menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk.
  • SHAH ALAM - Seorang pemandu kereta nyaris maut selepas kenderaan yang dipandu terjatuh dari jejambat ke laluan kereta api berdekatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 19, di sini hari ini.
  • SABAK BERNAM - Gara-gara melanggar seekor lembu yang tiba-tiba melompat pembahagi jalan, seorang lelaki yang memandu sebuah kereta nyaris maut apabila kenderaannya merempuh haiwan itu dalam kejadian di Kilometer 53, Jalan Teluk Intan-Klang, berhampiran Sungai Haji Dorani, di sini, malam tadi.
  • AYER TAWAR - Seorang warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terbabas melanggar tembok batu sebuah rumah di Taman Medan Seri Sentosa di sini kira-kira jam 10 malam tadi.