KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 19 tahun tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, atas dakwaan merogol seorang remaja gadis bawah umur tahun lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh, Mohammad Fazli Pudin dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh didakwa merogol dua kali seorang mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Gong Hilir, Beris Lalang, Jelawat, pada jam 9.30 pagi pada Jun 2017 dan 11.30 pagi pada Disember 2017.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.