JELI - Tindakan pantas penduduk berjaya menyelamatkan seekor kambing dari menjadi mangsa ular sawa di sini, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jeli, Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira- kira jam 1.12 petang.

"Tiga anggota dan satu jentera digerakkan ke tempat kejadian setelah menerima laporan mengenainya.

"Sebaik tiba di lokasi kita dapati ular tersebut cedera teruk di kepala dipercayai dipukul penduduk kampung untuk menyelamatkan seekor kambing yang hampir menjadi mangsa reptilia berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ular berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Jeli sekiranya masih hidup.

Difahamkan ular berkenaan seberat 120 kilogram dengan panjang 20 kaki.

Tular mengenai kejadian berkenaan mula tersebar petang tadi dan mendapat ribuan like daripada netizen.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SIK - Seorang wanita yang baharu selesai mengemas biliknya di Taman Tasik Telaga Batu di sini hari ini, mungkin tidak dapat melupakan pengalaman ditemani seekor ular tedung selar yang menumpang berteduh di tepi almari dalam biliknya.
  • BALING - Tindakan pantas pasangan OKU dari Kampung Lanai mendapatkan bantuan jiran menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa patukan ular tedung selar, semalam.
  • MIRI - Angkatan Pertahanan Awam (APM) menasihatkan orang awam agar menghubungi talian kecemasan 999 jika terjumpa ular di kawasan perumahan atau berdekatan untuk bantuan keselamatan segera.
  • MANTIN - Berbekalkan kemahiran yang ada, seekor ular sawa sepanjang tiga meter dengan berat 15 kilogram berjaya ditangkap seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas reptilia itu cuba memasuki kawasan perumahan, Taman Asoka dari arah anak sungai di sini, semalam.
  • TEMERLOH - Penangkap ular terkenal Abu Zarin Hussin 31, mendakwa mengalami perasaan cemas yang luar biasa ketika menangkap seekor ular tedung selar sepanjang lebih lima meter di sebuah ladang kelapa sawit di Lanchang, di sini kelmarin.